Thursday, February 24, 2011

Ban Pecah,Tanjung Piandang

 
assalamualaikum,hari ini saya ingin bercerita tentang
pantai ban pecah di tanjung piandang .
yg brhampiran dgn kampung saya . 




Pantai Ban Pecah atau dikenali sebagai “Pantai Rock” oleh penduduk tempatan adalah merupakan salah satu destinasi menarik yang terdapat di Daerah Kerian, Perak, Terletak didalam kawasan Mukim Tanjung Piandang, Perak ini, anda akan dapat melihat suasana matahari jatuh terbenam ketika senja yang melintasi Laut Selat Melaka ini. Kepada Kaki Pancing, Pantai Ban Pecah adalah tempat yang paling sesuai untuk anda, Siakap, Pari dan juga Semilang merupakan buruan anda disini. Apabila Sang Suria meninggalkan satu panorama yang amat memukau jiwa, keindahan malam yang menjelma akan membuatkan anda terpegun dengan hidangan Kari Ikan Semilang segar yang amat terkenal di Daerah Kerian yang menjadi menu utama deretan gerai-gerai makan disekitarnya sambil anda dialunkan dengan persembahan irama nyanyian daripada penduduk tempatan. Jangan lepaskan peluang ini, kedatangan anda amat dialu-alukan.

LOKASI PANTAI BAN PECAH 



Inilah gambar ikan
yang saya dapat 
iaitu 'kerapu bara
 

 

di ban pecah ini terbahagi kpd bnyk bhgian 
iaitu :
tempat mandi manda 
tempat memancing
tempat makan makan 
n tempat bersantai  bersama keluaraga . 

saya rase smpai sni sahajalah 
catatan saya .
ble ad mse saya akan menulis 
lebih banyak lagi .
~assalamualaikum~
 
 

No comments:

Post a Comment